Sunday Ride@Genting
Tu dia...ni la buat hati aku sekarang...pegi mana2 pon dgn dia...keluar HOT dgn budak2 VOC mesti bawak dia. tahun ni dah masuk tahun kedua. Dan ujung minggu lps, ari ahad, aku telah bawak buah hati aku ni pegi Genting Highland. Konvoi ramai2. Ada la dlm 31 buah kete yg pegi. Paling best, konvoi ni anjuran VOC East Coast Region dgn colobration dgn VOC Central Region. Untuk lebih gambar, buka fb aku .
Bersambung...
Selamat Tinggal Honda Civic Type R!!!
Mula-mula Honda tarik diri dari Formula 1, kemudian batalkan model penganti NSX dan sekarang ini Honda Civic Type R empat pintu pula ditamatkan terus produksinya. Type R ni memang kereta sport purist, hardcore dan memberikan keseronokan kepada pemandunya. Generasi pertama dilancarkan pada tahun 1997 dan dibuat di Suzuka. Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001 dan dibuat di UK, kemudian generasi ketiga pada tahun 2007 dan kembali dipasang di Jepun.
CTR generasi ketiga merupakan model pertama yang diimport secara rasmi oleh Honda Malaysia dari Jepun dan untuk pengetahuan sekutu, selepas bertahun-tahun menulis sambilan di KERETA, pelancaran CTR adalah majlis pertama saya hadir bersama Baii dan kemudiannya saya ‘terserempak’ pula dengan kereta ini di Bandung, Indonesia. Tapi yang itu di bawa masuk oleh pengimport kelabu [grey importer].
Type R adalah kereta basik yang ditala untuk memberikan ‘feel’ yang sama seperti kereta perlumbaan. Pertama kali ditawarkan pada NSX tahun 1992, varian Type R kemudiannya ditambah pada Integra pada tahun 1995 dan Civic pada tahun 1997.
Pastinya CTR akan jadi kereta ‘rare’ lepas ini dan siapa yang ada RM200k boleh saja tempah sebelum produksinya tamat pada penghujung Ogos tahun ini.
Foto: Honda
Source : www.geartinggi.com
Honda CR-Z
Saya dah tengok brochure rasmi Honda CRZ ni, model produksi memang lebih kurang sama dengan video di atas. Memandangkan ada isu hakcipta saya tak boleh nak siarkan lagi bahkan model ini belum dilancarkan secara rasmi pun lagi.
Yang saya boleh kongsi adalah kereta ini bersesaran 1.5 cc i-Vtec dengan IMA dan mempunyai 3 mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Enjin dia ni sama macam Jazz Sepat, sekutu rapat Matpon tetapi yang ini ada motor elektriklah.
Rekabentuknya ibarat jelmaan CR-X tetapi jauh lebih mesra alam. Disebabkan CRZ ini adalah jenis Hybrid cuba teka berapa liter minyak dia guna?
1 liter boleh pergi 22.5km. Tak taulah kalau saya salah tengok ke. Telefon Baii semalam dia tak angkat pula, mungkin tengah tala RXZ Mat Kacau.
Source : geartinggi.com


