Mengenai Kelantan FA



Credit to kelate.net

rangkuman kejayaan Kelantan FA sepanjang musim 2012:

1- pada awal musim, Kelantan mensasarkan 4 piala, iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, dan Piala Malaysia
- ramai penyokong luar mencemuh, dan tidak faham apa itu "sasaran", malah mengatakan jangan bermimpi satu piala pun. ternyata Kelantan membuktikan kejayaan mereka, apabila merangkul 3 piala dari 4 sasaran, malah hanya 2 pasukan sah

aja didalam liga Malaysia yang pernah merangkul kejuaran treble liga super, Piala FA dan Piala Malaysia iaitu Kedah dan Kelantan (selangor hanya menang treble liga premier, piala fa dan piala malaysia, bukan liga super)

2- Kelantan juga mensasarkan rekod tanpa kalah liga, sekali lagi penyokong luar mengkritik sasaran dan impian kelantan itu.
- Kelantan hanya kalah 2 kali dalam liga super, malah rekod tanpa kalah di stadium sendiri tidak tercalar, walaupun beraksi di pentas asia iaitu AFC cup.

3-sebilangan wartawan mengkritik kelantan dengan bias, termasuk mengatakan kelantan "merangkak" di pentas AFC. ternyata pernyataan itu meleset, apabila kelantan terus unggul ke suku akhir AFC cup, sebelum dikalahkan juara Liga Iraq, Arbil SC.

4-pertembungan 2 misi, iaitu misi 33 dan misi 3 piala, dimana pasukan misi 33 yakin dapat menewaskan kelantan dicampur dengan "provokasi" jurulatih mereka, tetapi kelantan tenang menghadapi perlawanan, dengan pasukan misi 33 tersungkur dengan agregat 3, satu nombor simbolik untuk kelantan.

5- Kelantan menjuarai Piala Malaysia dengan jaringan 3 berbalas 2 menentang ATM, juga simbolik kerana 3 mewakili jumlah piala dimenangi, dengan 2 sebagai 2 kali menjuarai piala malaysia.

6- bilangan pemain kelantan yang menjaringkan gol adalah paling banyak, dan tidak hanya mengharapkan pemain utama.

7- Kelantan bermain paling banyak perlawanan berbanding pasukan lain sepanjang 2012, termasuk liga super, Piala FA, Piala AFC, dan juga Piala Malaysia.

fakta-fakta diatas bukanlah fakta kosong dan bersifat takbur tetapi "jawapan" kepada kritikan kritikan yang dilemparkan kepada pasukan kelantan.

"our unity makes us strong, your hate makes us stronger"

Kredit info:Kelantan The Red Warriors [2011]

Admin:Ambo Banggo Jadi Saloh Sore Fans The Red Warriors!!!

Post Treble...

 Credit to Dunia Warior

Last post sebelum raya aidilfitri ari tu... Post terbaru agak2 bila ek...hehehe... Memang malas tahap gaban dah aku ni... Facebook dgn Twiter laju je update, balas komen pon laju...klau PM tu laju xpyh ckap la...

Ermmm... skang semua org duk bercerita pasal pasukan bola sepak Kelantan yg menang piala Malaysia smlm (20 okt 2012) mengalahkan ATM 3 - 2. Paling penting Kelantan dgn bergaya menghabiskan musim 2012 dgn bergaya dgn MISI TREBLE; menang Piala FA, juara Liga Super dan terbaru menang Piala Malaysia...Agak2 ada tak team sblm  ni menang Piala mcm Kelantan dlm arena bola sepak tanah air ni?? ermmm, yg tu aku xpasti...

Tugas TRW makin berat utk musim 2013 yg akan dtg...bkn senang nk pertahankan kejuaraan mcm ni...Apa2 pon gud luck utk korg...

Apa lg nk tulis ek...tu je kot...paling penting project kete ak dah makin slow...sbb byk komitmen skang..apa2 pon bln dpn nk try jgk masukkan toyol baru...choww...

Slmt Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Sblm offline selama 1 minggu, dgn ini ak mengucapkan slmt hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. harap dimaafkan segala silap dan salah. 

Disini, ada sikit pesanan kpd pemandu2 yg balik kampung utk hari raya ni...

  1. Sebelum lu orang terfikir nak ke Sogo mahupun ke jalan TAR, ada eloknya duit yang ada tu gunakan dahulu untuk servis kereta masing-masing. Minyak hitam dalam enjin tu pun rasanya dah tak berapa nak hitam sangat dah.
  2. Mohon juga periksa keadaan bunga tayar tu. Jangan kata bunga, entah-entah daun aje yang tinggal kat tayar tu. Er, tarikh luput tayar pun lu orang wajib juga semak. Jangan pakai tayar yang sudah tamat tarikh luputnya waima bunganya masih lagi setebal buku teks Sejarah.
  3. Sebelum memulakan perjalanan, adalah afdal untuk lu orang membaca doa menaiki kenderaan. Kalau yang jenis tak berapa nak hafal, baca Bismillah pun memadai.
  4. Pemandu wajib berada dalam keadaan cukup cergas untuk memandu dalam keadaan yang mencabar. Mencabar bererti rohani dan jasmani harus bersedia dengan sebarang kebarangkalian menempuh kesesakan lalu lintas yang maha luar biasa. Leceh juga kalau mengantuk waktu-waktu macam ni.
  5. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ada eloknya juga orang yang duduk di sebelah pemandu adalah jenis yang Deejay Radio, banyak cakap. Boleh juga buat teman sembang. Tapi jangan sembang jenis mengumpat pula bimbang ditambah dosa pula.
  6. Sebelum bertolak pulang ke kampung, pastikan tahap petrol berada pada tahap yang paling cemerlang dan terbilang. Buat isian petrol sebelum memasuki lebuhraya di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Dah tentu tak payah nak buang masa beratur sewaktu nak mengisi petrol.
  7. Jangan lupa juga membuat isian semula kad Sentuh & Pergi [Touch N Go] awal-awal. Jangan dah nak masuk lebuhraya, baru terhegeh-hegeh nak buat isian semula di kaunter tol. Tahukah anda betapa ramainya umat sibuk beratur waktu itu. Nak lebih afdal, gunakan saja Tag Pintar [Smart Tag].
  8. Kalau yang jenis sukakan cara konvensional, pastikan anda menyediakan tiket tol dan duitnya sebelum menghampiri Plaza Tol. Ramai sangat yang suka bila dah sampai depan Kakak Plaza Tol baru terhegeh-hegeh nak cari tiket sama beg duit. Yang duduk beratur kat belakang nak membayar pun boleh tahan banyak keretanya.
  9. Kalau dah beratur panjang sewaktu berada di Plaza Tol, jangan nak mengada-ngada menukar lorong. Tolong hormati sama hak asasi sesama manusia untuk beratur.
  10. Sewaktu memandu dengan laju di lebuhraya, cuba perhatikan sama kenderaan di hadapan dan yang lebih hadapan. Mana tahu, tiba-tiba tertekan brek kecemasan, sempat jugalah anda nak menekan brek sama. Tidaklah nanti sibuk penumpang sebelah nak kena brek pakai mulut.
  11. Kepada yang tidak tahu, Automated Enforcement System [AES] telah pun dipasang di sepanjang lebuhraya mahupun jalanraya yang berpotensi untuk dibuat kutipan saman secara besar-besaran. Jadi, silalah mematuhi had laju kebangsaan yang dibenarkan.
  12. Sewaktu memandu laju di lebuhraya, sila jangan memandu dengan sebelah tangan sahaja kerana dibimbangi jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan terhadapa tayar, kemungkinan untuk berlaku kemalangan berskala besar amatlah tinggi.
  13. Jikalau anda sedang memandu dengan had kelajuan kebangsaan dan berada di lorong paling kanan, mohon untuk beri laluan sekiranya ada kenderaan di belakang 8 batu lagi dah bagi lampu tinggi minta diberikan laluan. Jangan cuba jadi hero tak mahu beri laluan hanya kerana kenderaan tersebut dah mecapai had kelajuan ERL.
  14. Tali pinggang keledar tu jangan dah nampak sekatan jalanraya baru terhegeh-hegeh nak pasang. Tapi kalau anda jenis yang suka tercampak ke luar tingkat hadapan, tak pakai pun tak mengapa.
  15. Bagi yang menggunakan Jalan Persekutuan, tahap keberhati-hatian amat-amat diperlukan. Diulangi, amat-amat diperlukan! Jalan Kuala Lipis-Merapoh tu memang selalu masuk carta kemalangan ngeri. Jangan pernah pasang niat nak masuk carta tersebut.
  16. Tolong juga sedar diri dan sedar kemampuan kereta. Kalau setakat memandu Saga FLX, bubuh pula rim sukan bersaiz sampai berbelas-belas inci, penumpang mengalahkan MPV jangan cuba pasang niat untuk memotong bas bersaiz dua tingkat di hadapan. Kalau dah bertembung dengan kenderaan di hadapan, nak ingat Wad Kecemasan pun tiada gunanya lagi.
  17. Mana-mana kenderaan yang dah nak sampai kampung, sewaktu nak keluar masuk simpang, dengan rasa rendah diri gua memohon agar janganlah diacah-acah kepala kereta anda seperti hendak ke tak hendak keluar simpang. Kalau kenderaan lain masih lagi berada pada laluannya, berikan sahaja kerana anda yang harus mengalah. Jangan ikut amalan nak keluar simpang tapi kepala kereta terjulur keluar sampai makan setengah jalan. Ingat, mengambil hak orang lain itu berdosa.
  18. Ada orang berkata, sewaktu memandu tu ingatlah yang tersayang. Sesekali tu, ingatlah sama insan yang ada tak berapa nak sayang, Doktor sama pemandu Ambulan misalannya. Tapi sebenarnya, ingatlah Allah itu paling afdal sebenarnya.
  19. Dalam kereta pastikan sekurangnya ada sebotol dua air mineral, bimbang kalau-kalau suhu enjin kereta mendadak naik tahap kepanasannya di kala menempuh jem yang menggila.
  20. Kalau ada yang bertembung dengan kereta yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang luarbiasa, janganlah dihina dan dicaci. Sesungguhnya, tiada siapa yang mahu mengalami sebarang masalah sewaktu nak balik raya ni. Ada baiknya lu orang berdoa, moga-moga kereta yang mengalami masalah tersebut dipermudahkan urusannya.

Credit kpd Azmin GearTinggi
 

Mood Raya...

Bersawang dah blog nih...xde mood punya psl nk update...skang dah smpai mood raya. Shopping utk kete dan diri sndiri dah setel. skang tnggal nk balik kampung je. tahun ni ak balik kampung sorg2 mcm 2 tahun lps..sbbnya kwn2 aku semua dah maju. masing2 nk balik kampung drive kete sndiri. biasala,bkn nk menunjuk, tp alasan nnti patah kaki nk pg jalan2. suka hati korg la apa2 pon.apadahal,bkn jauh pon , 6JAM je balik KB kalau xjem, kalau jem mau pegin 12JAM atas jalan kuala lipis - gua musang. 

Okay,slmt balik kampung kpd semua.kpd yg memandu, pandulah dgn berhemah.

 stanby balik kampung...kehkehkeh

Tempat Baru...

Smlm xsempat nak post. Hari ni baru boleh online. Okay, straight to the point, minggu ni aku start kerja kat company baru. Good bye company lama...

Hari ni hari ke-2. Ni pon dah ada task kene buat. Kita tengok je la mcm mana lepas ni.

To be continue...peace...