Mula-mula Honda tarik diri dari Formula 1, kemudian batalkan model penganti NSX dan sekarang ini Honda Civic Type R empat pintu pula ditamatkan terus produksinya. Type R ni memang kereta sport purist, hardcore dan memberikan keseronokan kepada pemandunya. Generasi pertama dilancarkan pada tahun 1997 dan dibuat di Suzuka. Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001 dan dibuat di UK, kemudian generasi ketiga pada tahun 2007 dan kembali dipasang di Jepun.
CTR generasi ketiga merupakan model pertama yang diimport secara rasmi oleh Honda Malaysia dari Jepun dan untuk pengetahuan sekutu, selepas bertahun-tahun menulis sambilan di KERETA, pelancaran CTR adalah majlis pertama saya hadir bersama Baii dan kemudiannya saya ‘terserempak’ pula dengan kereta ini di Bandung, Indonesia. Tapi yang itu di bawa masuk oleh pengimport kelabu [grey importer].
Type R adalah kereta basik yang ditala untuk memberikan ‘feel’ yang sama seperti kereta perlumbaan. Pertama kali ditawarkan pada NSX tahun 1992, varian Type R kemudiannya ditambah pada Integra pada tahun 1995 dan Civic pada tahun 1997.
Pastinya CTR akan jadi kereta ‘rare’ lepas ini dan siapa yang ada RM200k boleh saja tempah sebelum produksinya tamat pada penghujung Ogos tahun ini.
Foto: Honda