Honda CR-Z

Saya dah tengok brochure rasmi Honda CRZ ni, model produksi memang lebih kurang sama dengan video di atas. Memandangkan ada isu hakcipta saya tak boleh nak siarkan lagi bahkan model ini belum dilancarkan secara rasmi pun lagi.


Yang saya boleh kongsi adalah kereta ini bersesaran 1.5 cc i-Vtec dengan IMA dan mempunyai 3 mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Enjin dia ni sama macam Jazz Sepat, sekutu rapat Matpon tetapi yang ini ada motor elektriklah.


Rekabentuknya ibarat jelmaan CR-X tetapi jauh lebih mesra alam. Disebabkan CRZ ini adalah jenis Hybrid cuba teka berapa liter minyak dia guna?


1 liter boleh pergi 22.5km. Tak taulah kalau saya salah tengok ke. Telefon Baii semalam dia tak angkat pula, mungkin tengah tala RXZ Mat Kacau.
Untuk gambar klik sini dan lebih maklumat klik sini.


 Source : geartinggi.com